Navigasi
   Utama
   Dari Meja Pengerusi
   Kenali BNBBC
   Organisasi BNBBC
   Ahli BNBBC
   Berita
   Komen
   Kenyataan Akhbar
   Persidangan Dewan
   Video
   Galeri
   Forum
   Maklum Balas
   Hubungi BNBBC
   Kabinet Malaysia
  Parti Komponen BN
Anda adalah pengunjung ke
0 9 9 0 8 4
sejak 6 September 2008
 Dari Meja Pengerusi
Dari Meja Pengerusi MAJLIS AHLI PARLIMEN BARISAN NASIONAL MALAYSIA (BNBBC)


DUNIA sekarang berhadapan dengan krisis ekonomi berikutan krisis kewangan yang melanda Amerika Syarikat telah memberi impak kepada negara-negara lain. Mesej yang hendak saya sampaikan kali ini adalah mengenai bagaimana kita boleh bersatu padu dalam membantu kerajaan menangani keadaan ekonomi sekarang.

Meskipun terdapat suara-suara negative mengenai kemelesetan ekonomi, tetapi kita yakin bahawa kita mampu mengurus serta menangani segala rintangan dan cabaran. Ketika Negara dilanda kegawatan ekonomi penghujung 1997 dulu, kita telah buktikan bahawa kita berjaya mengatasi masalah ekonomi.

Memetik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disiarkan di muka hadapan Buletin BNBBC(bil 5), beliau telah memberi keyakinan kepada kita semua bahawa asas ekonomi negara kita masih kukuh malah beliau telah pun menyediakan strategi untuk menangani masalah ekonomi.

Sebagai Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Malaysia (BNBBC), saya ingin mengajak teman-teman kita supaya bersatu padu dalam membantu pihak kerajaan untuk menghadapi cabaran ekonomi semasa.

Kita seharusnya memberi tumpuan yang lebih terhadap ekonomi negara kita, bukannya memikirkan hal-hal lain yang tidak memberi faedah kepada pemerkasaan ekonomi kita.

YB Dato' Seri Tiong King Sing
 Pengumuman
 Kalendar Aktiviti
 Pautan
© Hak cipta terpelihara 2010 Barisan Nasional Backbenchers Council 2010