Navigasi
Utama
Dari Meja Pengerusi
Kenali BNBBC
Organisasi BNBBC
Ahli BNBBC
Berita
Komen
Kenyataan Akhbar
Persidangan Dewan
Video
Galeri
Forum
Maklum Balas
Hubungi BNBBC
Kabinet Malaysia
Parti Komponen BN
Laman Web
Ahli BNBBC
UMNO
Laman Web
Ahli BNBBC
MCA
Laman Web
Ahli BNBBC
PBS
Laman Web
Ahli BNBBC
MIC
Ahli BNBBC
SPDP
Laman Web
Ahli BNBBC
LDP
Laman Web
Ahli BNBBC
SAPP
Ahli BNBBC
PRS
Laman Web
Ahli BNBBC
PPP
Laman Web
Ahli BNBBC
UPKO
Ahli BNBBC
SUPP
Ahli BNBBC
PBRS
Ahli BNBBC
PBB
Laman Web
Ahli BNBBC
PGRM
Anda adalah pengunjung ke
1
1
7
1
1
3
sejak 6 September 2008
Commentary
16-12-2008
Ahli Parlimen Sokong peralihan kepimpinan
Gambar dari kiri:
1. YB Datuk Bung Moktar Radin, BN KINABATANGAN
2. YB Dato' Haji Ismail Haji Abdul Mutalib, BN MARAN
3. YB Dato' Dr Mohamad Shahrum Osman, BN LIPIS
4. YB Dr. Mohd Puad Zarkashi, BN BATU PAHAT
Ahli Parlimen Sokong peralihan kepimpinan
PENGUMUMAN peralihan kepimpinan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan melepaskan jawatannya pada pertengahan 2010 mendapat reaksi yang sangat positif di kalangan ahli-ahli Parlimen.
Buletin BNBBC mendapatkan reaksi dari beberapa ahli parlimen khususnya dari kalangan ahli BNBBC berhubung peralihan kepimpinan tersebut.
YB Datuk Bung Moktar Radin, BN KINABATANGAN:
"Pada saya tarikh yang telah dipilih YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden parti itu menunjukkan kesungguhan dan kesediaan beliau untuk member jawatan presiden parti dan Perdana Menteri kepada Timbalan Perdana Menteri adalah tarikh yang dinanti-nantikan oleh seluruh ahli UMNO dan rakyat Malaysia khususnya."
Bagi saya, ianya merupakan satu langkah yang lebih positif iaitu sekurang-kurangnya kita boleh menyakinkan ini bahawa kita berkehendakkan perubahan dan perubahan itu berlaku dalam satu suasana yang lebih baik, lebih elok dan lebih sempurna tanpa tergoh-gapah ataupun tanpa begitu drastic.
Sebab saya melihat bahawa keutuhan sesebuah Negara itu akan lebih meyakinkan pelabur-pelabur luar untuk dating melabur sebab para pelabur bergantung kepada maklumat mengikut suasana konflik politik dalaman kerajaan itu sendiri.
Dan dengan adanya peralihan kuasa ini, maka saya melihat bahawa ekonomi kita juga akan kembali subur dan pelabur-pelabur luar Negara itu juga akan lebih yakin sekaligus akan membolehkan ekonomi negrara kita pulih selepas dilanda berbagai-bagai krisis terutamanya kenaikan harga minyak.
Jadi dengan ada perubahan kepimpinan, ia akan member keyakinan kepada masyarakat kita bahawa kita memang perlu untuk bergerak lebih maju ke hadapan dan proses ini merupakan satu proses biasa yang dilaksanakan untuk memperkemaskan lagi pentadbiran kerajaan itu dengan memberi pengganti persediaan yang secukupnya untuk mengambil alih kepimpinan sedia ada.
Jadi persediaan dalam jangka dua tahun bagi saya memadai untuk YAB Datuk Seri Najib memikir kea rah mana hendak meletakkan masa depan Malaysia yang lebih stabil, lebih efisyen dan lebih mendapat keyakinan daripada masyarakat dalam dan luar Negara itu sendiri.
YB Dato' Dr Mohamad Shahrum Osman, BN LIPIS:
"Saya menyokong penuh peraliihan kuasa yang telah dicadangkan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Bagi saya, dalam masa dua tahun ini, Perdana Menteri yang sedia ada memiliki masa untuk memulihkan keadaan ekonomi dan juga keadaan politik Negara.
Apabila keadaan dapat dipulihkan, barulah jawatan Perdana Menteri diserah kepada pengganti mengikut tradisi peralihan kuasa yang berlaku selama ini.
Kita lihat peralihan kepimpinan sebelum ini berjalan degan baik dan lancer dan kita berharap agar peralihan kuasa kali ini juga berlaku dalam keadaan baik dan lancer. Jadi dengan itu saya menyokong penuah peralihan kuasa yang dicadangkan itu.
YB Dato' Haji Ismail Haji Abdul Mutalib BN MARAN:
"Apa yang diputuskan telah dipersetujui bersama oleh YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan juga sokongan ahli UMNO serta parti komponen BN yang lain, saya ingat sangat cantik walaupun mungkin ada sebahagian orang yang tidak bersetuju. Tapi itu pandangan peribadi."
Dari segi masa, ia memungkinkan Datuk Seri Najib walaupun beliau seorang berpengalaman dalam kerajaan saya ingat antara ahli politik yang agak lama. Pernah jadi Menteri Besar Pahang, Timbalan Menteri dan sebagainya. Dalam keadaan sekarang, masa yang diberi adalah cukup cantik, sesuai dalam langkah awal PM kita bersama TPM memulihkan balik suasana yang ada.
Saya melihat Pak Lah tidak mahu menyerahkan kepada Timbalannya dalam keadaan tidak sempurna. Jadi tindakan ini merupakan seorang pemimpin yang bertanggungjawab.
Kalau orang lain main pakai serah sahaja, buat apa pening-pening kepala handak fikir masalah Negara.
Jadi oleh kerana Pak Lah seorang yang bertanggungjawab, maka beliau mahukan pengganti beliau mengambil alih dalam suasana keadaan politik yang stabil dan bersama-sama bergerak supaya penyerahan kepimpinan berlaku dalam suasana yang cukup cantik.
YB Dr. Mohd Puad Zarkashi, BN BATU PAHAT:
"Saya rasa keputusan itu adalah keputusan yang baik oleh kerana peralihan kuasa adalah merupakan satu cadangan yang sudahpun dikemukakan oleh UMNO Negeri Johor termasuk juga keputusan Mesyuarat Agong Luar Biasa UMNO Bahagian Batu Pahat yang meminta supaya Perdana Menteri menyediakan pelan peralihan kuasa sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini iaitu Tengku Abdul Rahman melakukan peralihan kuasa dengan melantik Tun Abdul Razak sebagai pengerusi Mageran dan setahun selapas itu barulah Tengku meletak jawatan sebagai Perdana Menteri".
Peralihan kuasa ini tujuannya ialah supaya tujuannya ialah supaya rakyat akan mendapat keyakinan bahawa satu proses kepimpinan yang lancer sedang berlaku untuk memantapkan bukan saja parti tetapi juga pentadbiran kerajaan.
Senarai Commentary
(1 to 4 of 4 )
No
Tajuk
Tarikh
1
PM, TPM serikan rumah terbuka BNBBC
18-12-2008
2
Peralihan kuasa dalam keadaan aman
18-12-2008
3
Ekonomi negara tidak terjejas – Najib
18-12-2008
4
Ahli Parlimen Sokong peralihan kepimpinan
16-12-2008
Show
10
20
50
100
records
Pengumuman
Kalendar Aktiviti
Pautan
© Hak cipta terpelihara 2010 Barisan Nasional Backbenchers Council 2010