Navigasi
   Utama
   Dari Meja Pengerusi
   Kenali BNBBC
   Organisasi BNBBC
   Ahli BNBBC
   Berita
   Komen
   Kenyataan Akhbar
   Persidangan Dewan
   Video
   Galeri
   Forum
   Maklum Balas
   Hubungi BNBBC
   Kabinet Malaysia
  Parti Komponen BN
Anda adalah pengunjung ke
1 1 7 0 9 9
sejak 6 September 2008
 Commentary
18-12-2008 Ekonomi negara tidak terjejas – Najib


TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa ekonomi negara tidak akan terjejas dengan keadaan pasaran kewangan global yang semakin merudum.

“Kerajaan yakin negara ini tidak akan terjerumus dalam kemelesetan ekonomi pada tahun depan atau terjebak dalam krisis ekonomi global,”demikian kata Najib ketika berucap pada majlis sambutan Aidilfitri Kementerian Kewangan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menyifatkan ekonomi negara juga amat kukuh dan yakin dapat menangani masalah ekonomi yang mungkin menggugat negara.

Beliau menambah, ekonomi Malaysia mempunyai tiga kekuatan utama iaitu dasar yang kukuh, berdaya tahan dan bersifat menyeluruh.

"Dengan tenaga-tenaga pakar di Kementerian Kewangan, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan agensi-agensi lain, kerajaan yakin dan percaya mereka mampu menentukan dasar dan maklum balas bagi menangani krisis ekonomi global.

"Insya-Allah, Malaysia tidak akan menjurus kepada kemelesetan pada tahun depan dan kita tidak akan terjebak dalam krisis global," katanya.

Majlis tersebut turut meraikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku bekas Menteri Kewangan setelah melepaskan portfolio tersebut kepada Najib pada September lalu.

Pada majlis itu, Perdana Menteri juga menyampaikan nota serah tugas kepada Najib sebagai Menteri Kewangan yang baru.

Menurut Najib, beliau berasa amat bertuah kerana Perdana Menteri telah menyerahkan portfolio Menteri Kewangan kepadanya ketika ekonomi Malaysia dalam kedudukan yang baik.

"Soal krisis global itu bukan tanggungjawab Perdana Menteri tetapi yang penting beliau telah serahkan (jawatan Menteri Kewangan) ketika ekonomi Malaysia dalam keadaan stabil dan kukuh.

"Ia membolehkan kita tangani keadaan krisis kewangan global yang kita hadapi sekarang," katanya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan dan rasa terhutang budi kepada Perdana Menteri kerana menyerahkan portfolio Menteri Kewangan itu kepadanya sebagai langkah permulaan kepada pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui sebelum ini.

"Selalu disebutkan bahawa portfolio ini (Menteri Kewangan) adalah milik Perdana Menteri dan beliau telah menunjukkan keikhlasan (menyerahkan portfolio ini). "Ini tanda Perdana Menteri meletakkan kepentingan negara lebih daripada kepentingan-kepentingan lain," katanya.

Najib mengakui bahawa terdapat perbezaan besar apabila memegang jawatan Menteri Kewangan berbanding ketika menerajui Kementerian Pertahanan. Sambil berseloroh beliau menceritakan, sebelum ini beliau mendapat panggilan daripada pegawai Kementerian Pertahanan di tengah-tengah malam yang biasanya ada kaitan dengan pesawat udara tentera yang jatuh.

"Tetapi kali ini di Kementerian Kewangan dapat panggilan mengenai kejatuhan pasaran dan kesannya adalah lebih buruk," katanya.

Dalam pada itu Najib memberikan komitmen untuk meneruskan pelaksanaan Misi Nasional yang digariskan oleh Perdana Menteri selain beberapa langkah reformasi yang ditetapkan sebelum Abdullah meninggalkan kerajaan.

"Ini semua akan mendapat sokongan daripada kita," katanya. Dalam majlis yang lain, sewaktu merasmikan Ceramah Global Khazanah, Najib berkata perbelanjaan bagi projek-projek kerajaan pada tahun hadapan tidak akan dipotong meskipun sesetengah projek utamanya akan disemak semula.

Kata beliau, keutamaan kerajaan adalah meneruskan projek-projek yang mempunyai kesan berganda yang tinggi dan menunda projek yang rendah kesan gandaannya.

''Saya tegaskan di sini bahawa perbelanjaan kerajaan untuk tahun 2009 akan diteruskan dan tiada pemotongan dalam keseluruhan perbelanjaan itu,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Ceramah Global Khazanah.

Beliau berkata, keputusan itu telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Eksekutif Majlis Ekonomi Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Najib berkata, kerajaan juga sedang meneliti senarai projek yang perlu diberi keutamaan dan dalam masa yang sama sedang berbincang dengan pelbagai kementerian berkaitan berhubung perkara berkenaan.

''Keupayaan kerajaan menyuntik modal adalah agak terhad tetapi kita telah menerima pakai strategi untuk menetapkan keutamaan,'' jelasnya.

Ditanya tentang rancangan kerajaan untuk menyelaraskan kedudukan defisit fiskalnya, Najib berkata, ia mungkin berlaku tetapi segalanya bergantung kepada harga minyak.

''Ini merupakan satu keadaan di mana tiada siapa mengetahui dengan pasti pergerakan harga minyak,'' katanya.
Senarai Commentary (1 to 4 of 4 )
 No  Tajuk  Tarikh
 1 PM, TPM serikan rumah terbuka BNBBC  18-12-2008
 2 Peralihan kuasa dalam keadaan aman  18-12-2008
 3 Ekonomi negara tidak terjejas – Najib  18-12-2008
 4 Ahli Parlimen Sokong peralihan kepimpinan  16-12-2008
Show   records
 Pengumuman
 Kalendar Aktiviti
 Pautan
© Hak cipta terpelihara 2010 Barisan Nasional Backbenchers Council 2010