Navigasi
Utama
Dari Meja Pengerusi
Kenali BNBBC
Organisasi BNBBC
Ahli BNBBC
Berita
Komen
Kenyataan Akhbar
Persidangan Dewan
Video
Galeri
Forum
Maklum Balas
Hubungi BNBBC
Kabinet Malaysia
Parti Komponen BN
Laman Web
Ahli BNBBC
UMNO
Laman Web
Ahli BNBBC
MCA
Laman Web
Ahli BNBBC
PBS
Laman Web
Ahli BNBBC
MIC
Ahli BNBBC
SPDP
Laman Web
Ahli BNBBC
LDP
Laman Web
Ahli BNBBC
SAPP
Ahli BNBBC
PRS
Laman Web
Ahli BNBBC
PPP
Laman Web
Ahli BNBBC
UPKO
Ahli BNBBC
SUPP
Ahli BNBBC
PBRS
Ahli BNBBC
PBB
Laman Web
Ahli BNBBC
PGRM
Anda adalah pengunjung ke
1
1
7
3
9
4
sejak 6 September 2008
Berita
22-06-2010
Masalah Demam Denggi dan Langkah-langkah mengatasi yang diambil
Dalam sesi parlimen baru-baru ini, Dato’ Seri Tiong King Sing (Bintulu) mengemukakan soalan-soalan kepada Kementerian Kesihatan seperti berikut:
a) Apakah faktor yang menyebabkan peningkatan kes demam denggi baru-baru ini; dan
b) Apakah langkah-langkah drastik yang diambil oleh pihak Kementerian untuk mengawal kes demam denggi dan bagaimana dengan perlaksanaannya.
Kementerian Kesihatan dalam jawapan bertulis menyatakan bahawa tren kejadian kes denggi telah menunjukkan penurunan sejak dari tahun 2009. Pada tahun 2009, terdapat 41,486 kes demam denggi yang dilaporkan iaitu penurunan sebanyak 16% berbanding dengan 49,335 kes dalam tahun 2008. Tren penurunan kes demam denggi berterusan pada tahun ini di mana sehingga 29 Mei 2010, terdapat sebanyak 19,604 kes demam denggi yang dilaporkan, penurunan sebanyak 10% berbanding dengan 21,707 kes dalam tempoh yang sama tahun 2009.
Walaupun pada keseluruhannya kes denggi sudah menunjukkan tren yang menurun namun Kementerian Kesihatan menyatakan pihak mereka masih tidak berpuas hati kerana bilangan kes yang dilaporkan masih tinggi. Oleh itu, Kementerian Kesihatan telah dan akan terus melaksanakan pelbagai usaha sebagai tindakan meningkatkan aktiviti kawalan dan memerangi denggi di seluruh negara dengan langkah-langkah berikut:
1.Melaksanakan Pelan Strategik Kawalan Denggi Kebangsaan yang bermula April 2009 bagi tujuan memperkukuh dan mempertingkatkan aktiviti kawalan denggi, dengan matlamat mengurangkan bilangan kes sebanyak sebanyak 10% setiap tahun, Pelaksanaannya telah menunjukkan kesan positif.
2.Meningkatkan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan dalam aktiviti kawalan Demam Denggi di mana sehingga bulan 22 Mei 2010, sebanyak 10,726,239 premis telah disembur kabus (fogging) sementara 333,079 premis dibubuh racun pembunuh jentik-jentik di seluruh Malaysia. Di samping itu, kerajaan telah mengedarkan racun pembunuh jentik-jentik secara percuma kepada orang ramai untuk mengawal pembiakan Aedes di sekitar rumah mereka.
3.Penguatkuasaan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000) dipertingkatkan terhadap premis yang mempunyai pembiakan Aedes, di mana pada tahun 2010 sehingga bulan March, sebanyak 876,902 premis telah diperiksa dan 14,218 daripadanya mempunyai pembiakan Aedes. Sejumlah 5,240 daripada premis ini telah dikenakan kompaun dengan nilai berjumlah RM 941,860 dan 112 daripada 280 kes yang telah dirujuk ke mahkamah telah dikenakan denda bernilai RM 25,700.
4.Kementerian Kesihatan akan meneruskan Kempen 10 Minit dan Kempen Media dengan tujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahayanya demam denggi dan menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti pencegahan dan kawalan denggi dengan meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit seminggu, untuk menghapuskan tempat pembiakan Aedes. Kempen media ini melibatkan promosi kesihatan mengenai denggi yang dijalankan melalui TV, radio dan akhbar. Pada tahun 2009, sejumlah RM 12 juta telah dibelanjakan bagi melaksanakan Kempen Media dan kempen ini akan diteruskan pada tahun ini dengan peruntukan RM 4.9 juta. Melalui kempen-kempen ini, masyarakat juga diingatkan untuk melaksanakan aktiviti gotong-royong bagi kawasan yang mempunyai kadar pembiakan Aedes yang tinggi atau tidak bersih, khususnya di kawasan-kawasan panas (hot spots) di mana wabak telah berlarutan lebih daripada sebulan. Masyarakat memainkan peranan penting bagi menghapuskan tempat-tempat pembiakan Aedes terutama di sekitar kediaman mereka.
5.Kerajaan juga berusaha meningkatkan penglibatan ketua masyarakat dan masyarakat dan masyarakat setempat dalam melaksanakan aktiviti pengurangan sumber pembiakan nyamuk (source reduction) melalui pelaksanaan Program COMBI (Communication for Behavioural Impact) dan aktiviti gotong-royong atau aktiviti yang serupa dengannya. Sehingga kini, terdapat 661 bilangan lokaliti yang bermasalah denggi telah melaksanakan denggi telah melaksanakan Program COMBI dengan penyertaan seramai 16,563 sukarelawan dan lebih memberansangkan 62% daripada lokaliti ini Berjaya menghalang kejadian atau peningkatan kes denggi di kawasan masing-masing.
Tambahan pula, Kementerian Kesihatan juga menyatakan bahawa aktiviti pencegahan adalah amat penting bagi mengawal penularan penyakit demam denggi. Oleh itu, amalan masyarakat untuk menghapuskan tempat pembiakan Aedes sekurang-kurangnya 10 minit seminggu akan dapat mencegah penyakit demam denggi dan kematian akibatnya. Sokongan dan penglibatan ketua masyarakat serta agensi lain dalam melaksanaan program aktiviti pencegahan denggi amat diperlukan. Peranan proaktif penglibatan ahli Jemaah Menteri dan ahli Parlimen dalam aktiviti pencegahan dan kawalan denggi akan memperkukuhkan program pencegahan denggi di seluruh negara.
Senarai berita
(1 to 10 of 113 )
No
Tajuk
Tarikh
1
Kes Pembuangan Bayi dan Langkah-langkah mengatasi.
01-07-2010
2
Sumber Pengajar dan alatan-alatan yang dibekalkan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
24-06-2010
3
Kemudahan-kemudahan Kesihatan
22-06-2010
4
Masalah Demam Denggi dan Langkah-langkah mengatasi yang diambil
22-06-2010
5
Tiong: Langkah-langkah yang diambil untuk Mengatasi Kekurangan Guru di Sekolah-sekolah.
14-06-2010
6
Taniah!
08-06-2010
7
Tiong menggesa liberalisasi Sistem Permit Import (AP) bagi Gula, Tepung Gandum dan Minyak Masak serta Memanjangkan Tempoh Sah Laku Lesen
08-06-2010
8
Tiong: Kawalan ke atas Kemasukan Semula Warganegara Asing yang didapati berkelakuan Salah
07-06-2010
9
Malaysia Dalam Kedudukan Baik Untuk Kurangkan Defisit Bajet Kepada 5.6 Peratus...BERNAMA
14-05-2010
10
Calon BN, Kamalanathan Menang Dengan Majoriti 1,725 Undi...BERNAMA
26-04-2010
Show
10
20
50
100
records
Pengumuman
Kalendar Aktiviti
Pautan
© Hak cipta terpelihara 2010 Barisan Nasional Backbenchers Council 2010