Navigasi
   Utama
   Dari Meja Pengerusi
   Kenali BNBBC
   Organisasi BNBBC
   Ahli BNBBC
   Berita
   Komen
   Kenyataan Akhbar
   Persidangan Dewan
   Video
   Galeri
   Forum
   Maklum Balas
   Hubungi BNBBC
   Kabinet Malaysia
  Parti Komponen BN
Anda adalah pengunjung ke
1 1 7 4 5 0
sejak 6 September 2008
 Berita
24-06-2010 Sumber Pengajar dan alatan-alatan yang dibekalkan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu] meminta Kementerian Belia dan Sukan menjelaskan soalan yang berikut dalam sesi Parlimen hari ini:

(a) Sejauh manakah pihak Kementerian memastikan sumber guru yang disediakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dapat memberikan didikan yang berkualiti supaya dapat memenuhi kehendak pasaran; dan

(b) sejauh manakah pihak Kementerian mengambil langkah untuk menggalakkan kaum-kaum bukan Bumiputera untuk belajar di IKBN dan IKTBN.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Gan Ping Sieu menyatakan bahawa bagi memastikan tenaga pengajar IKBN dan IKTBN dapat memberikan didikan yang kualiti, kementerian telah menjalankan program peningkatan kemahiran pengajar. Melalui program ini, para pengajar telah diberi latihan yang berterusan dalam bidang kerjaya yang mereka ceburi. Pada tahun ini saja, 157 program telah dirancang dengan sasaran penglibatan seramai 1590 pengajar.

Manakala, bagi menarik semua minat semua kaum mengikuti latihan di IKBN dan IKTBN. Kementerian telah menyediakan peruntukan yang besar untuk menjalankan pelbagai promosi seperti pengiklanan di media cetak, media elektronik, dan mengeluarkan video documentari dalam tiga bahasa utama iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil berhubung dengan latihan kemahiran di IKBN dan IKTBN serta pameran kerjaya di samping menjalankan road-show, sesi penerangan berkenaan dengan IKBN dan IKTBN. Dalam usaha untuk mempromosikan kursus-kursus/ latihan sebanayak 45 program promosi telah dijalankan pada tahun yang lepas dan melibatkan sekurang-kurangnya 40,000 peserta. Ini tidak termasuk sesi-sesi penerangan oleh pemimpin-pemimpin komponen parti Barisan Nasional di peringkat akar umbi.

Tambahan Timbalan Menteri lagi, kesedaran dan minat para belia untuk mengikuti latihan IKBN dan IKTBN tidak berkurangan. Misalannya permohonan untuk sesi pertama 2010 adalah 12,512 orang dan kekosongan yang dapat ditawarkan hanya 3,091 iaitu lebih kurang 25% sahaja.

Dalam soalan tambahan, Dato’ Seri Tiong menyatakan terdapat pengajar di IKBN dan IKTBN tidak mempunyai kelayakan yang sepatutnya dan sama ada kementerian merancang untuk memberi latihan kepada guru-guru tersebut bagi meningkatkan prestasi dalam teknik pengajaran. Tambahannya pula, terdapat kemudahan-kemudahan mesin yang disediakan kepada para pelajar di IKBN dan IKTBN telah ketinggalan zaman dan sama ada kementerian merancang untuk membeli apa-apa alat ataupun kemudahan-kemudahan baru untuk tujuan tersebut dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Adakah usaha IKBN dan IKTBN sejajar dengan matlamat Model Ekonomi Baru untuk melahirkan generasi yang berpendapatan tinggi iaitu USD10,000-USD15,000 per kapita menjelang tahun 2020?

Menurut Timbalan Menteri, Program Peningkatan Kemahiran Pengajaran ini akan diteruskan supaya menjamin bahawa kualiti pengajar IKBN dan IKTBN tidak ketinggalan zaman. Berhubung dengan peralatan-peralatan yang ketinggalan zaman, menurut Timbalan Menteri itu sememangnya bergantung kepada peruntukan dan bajet sedia ada.

Mengenai soalan berkaitan dengan pembekalan kemudahan mesin berteknologi terkini yang disediakan untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran, Timbalan Menteri menyatakan kerajaan sememangnya beri pelaburan ataupun bajet yang tinggi untuk menaik taraf ataupun meningkatkan taraf peralatan-peralatan yang sedia ada. Misalnya di bawah RMKe-9, program pembangunan untuk IKBN dan IKTBN adalah sebanyak RM38 juta. Semua ini merupakan suatu komitmen daripada kementerian.


Senarai berita (1 to 10 of 113 )
 No  Tajuk  Tarikh
 1 Kes Pembuangan Bayi dan Langkah-langkah mengatasi.  01-07-2010
 2 Sumber Pengajar dan alatan-alatan yang dibekalkan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)  24-06-2010
 3 Kemudahan-kemudahan Kesihatan  22-06-2010
 4 Masalah Demam Denggi dan Langkah-langkah mengatasi yang diambil  22-06-2010
 5 Tiong: Langkah-langkah yang diambil untuk Mengatasi Kekurangan Guru di Sekolah-sekolah.  14-06-2010
 6 Taniah!  08-06-2010
 7 Tiong menggesa liberalisasi Sistem Permit Import (AP) bagi Gula, Tepung Gandum dan Minyak Masak serta Memanjangkan Tempoh Sah Laku Lesen  08-06-2010
 8 Tiong: Kawalan ke atas Kemasukan Semula Warganegara Asing yang didapati berkelakuan Salah  07-06-2010
 9 Malaysia Dalam Kedudukan Baik Untuk Kurangkan Defisit Bajet Kepada 5.6 Peratus...BERNAMA  14-05-2010
 10 Calon BN, Kamalanathan Menang Dengan Majoriti 1,725 Undi...BERNAMA  26-04-2010
Show   records
 Pengumuman
 Kalendar Aktiviti
 Pautan
© Hak cipta terpelihara 2010 Barisan Nasional Backbenchers Council 2010